Cabaran Menjadi Warden Asrama Sekolah & Kepentingan Laporan Bertugas

 

Cabaran Menjadi Seorang Warden Asrama Sekolah : Pentingnya dokumentasi dan Laporan Warden

Pengetahuan Umum

Warden asrama bukanlah satu tugas yang mudah. Saya sendiri sebagai guru yang pernah memikul tanggunjawab warden untuk masa yang lama sangat-sangat faham bertapa peritnya menjadi warden. Mana tak, Siang hingga tengahari mengajar, petang sambung menjadi warden. Kerja lebih daripada 12 jam yang berterusan. Kalau di sektor lain mungkin guru yang menjadi warden ni dah kaya sebab sektor lain boleh claim OT tetapi tidak untuk guru yang bergelar warden.

Warden dibayar Elaun.

Warden ada elaun? Ya memang ada elaun, namun sejak 1 ogos 2022  elaun warden dinaikkan kepada RM300 dan bilangan warden ditambah melegakan sedikit para warden kita. Bebanding dengan sebelumnya elaun warden hanya RM240 dan bilangan warden terhad. Jika dulu warden sekolah berkongsikan RM240 untuk seminggu. Di Malaysia ini majoriti warden Adalah melalui sistem paksaan dan giliran. Tak ada yang sukarela nak jadi warden.

Sekarang dunia pendidikan tak seperti 10 tahun yang lepas. Dengan keadaan murid-murid sekarang sangat kurang dari segi disiplin berbanding dahulu, tambahan tugasan bukan hakiki yang banyak seperti pengkeranian, sukan dan aktiviti kokurikulum yang tidak pernah berhenti. Hal ini menjadikan para guru tidak berminat menjadi warden dan menyebabkan tugas kurang efektif.

Saban tahun ada saja kes-kes yang terjadi di sekolah khasnya di asrama. Sama ada kes buli, kes mencuri, merokok, gangsterisme dan lebih parah lagi kes melibatkan kematian. Maka menjadi warden Adalah satu tugas yang besar dan sangat mencabar. Hanya guru yang kuat dari segi emosi dan fizikal mampu menjadi warden.

Dalam artikel ini saya akan mengupas serba sedikit mengapa pentingnya laporan warden dan apakah bentuk laporan yang harus dibuat. Laporan ini serba sedikit dapat menjadi perisai kepada para warden seandainya ada sesuatu yang berlaku semasa kita bertugas.



Penting sangatkah laporan bertugas ini?

Laporan warden ini bukan sangat penting, namun mampu menjadi penyelamat dan bukti kepada para warden ada menjalankan amanah dengan baik dan berkesan. Jika ada kes-kes yang tidak diingini berlaku sebagai contonya kes-kes besar seperti buli.bunuh diri dan kemalangan yang melibatkan nyawa, maka laporan warden akan dijadikan rujukan rasmi.

 

Berikut Adalah antara kepentingan laporan warden.

1.      👍 Dokumen pemantauan disiplin pelajar

Laporan warden digunakan sebagai memantau tingkah laku murid selepas waktu sesi persekolahan. Pihak warden boleh menggunakan khidmat pengawas bagi mengawasi tingkah laku murid pada satu-satu masa tertentu. Kemudian meminta pengawas berkenaan membuat catatan ringkas saja bagi meringankan beban pengawas. 

2.      👌Rekod bertulis dan dokumentasi warden

Rekod bertulis ini penting sebagai rujukan rasmi. Seperti yang saya sebutkan diatas, rekod hendaklah lengkap dengan pengerakkan warden tersebut. Setiap aktiviti perlu diambil gambar sebagai dokumentasi harian dan buat catatan. Saya nasihatkan warden untuk catatkan salah laku murid. Walau sekecilmanapun, contohnya asrama A bising pada waktu malam selepas pukul 10 malam iaitu waktu murid tidur. Banyak warden tidak mengambil kisah tentang dan beranggapan itu sesuatu yang normal.

3.     👍 Rujukan dan tindakan lanjut.

Seandainya berlaku kes-kes disiplin melibatkan pelajar maka laporan ini boleh dijadikan rujukan kepada pihak sekolah untuk memangil ibu bapa murid yang bermasalah. Kemudian memberikan kaunseling terhadap pelajar-pelajar yang terlibat. Kita sedia maklum, ada segelintir ibu bapa suka menafikan masalah disiplin anak mereka dengan alasan dirumah mereka tidak bersikap sedemikian.

4.      👍Menjaga keselamatan dan Kebajikan pelajar asrama.

Warden merupakan ibu bapa kedua pelajar. Mereka akan lebih tahu sikap dan perangai setiap murid. Maka, dengan laporan yang ada warden boleh membanteras aktiviti-aktiviti tak bermoral di asrama selain menjamin ketenteraman pelajar lain yang menunjukkan sikap yang terpuji. Kes-kes kecurian mungkin boleh diatasi dan pelajar lebih berminat bermalam di asrama.

5.     ✌ Alat pemantaun sistem asrama

Dengan adanya laporan secara berkala, ini menunjukkan bahawa sistem asrama diuruskan dengan baik. Apabila pengurusan asrama baik, secara tidak langsung masalah disiplin murid dapat dikurangkan. Ianya sekaligus membendung masalah keciciran dalam Pelajaran. Murid cenderung lebih berminat untuk belajar.


Apakah kandungan wajib yang perlu ada dalam laporan warden ?

Tiada ditetapkan dalam pekeliling atau mana-mana pun peraturan menyatakan bahawa warden mengikut format tertentu. Namun demikian Adalah lebih baik jika ianya dilakukan dengan bertulis dan jangan  sekadar menggunakan senarai Semak saja. Pendapat saya ialah, sebagai seorang yang pernah bergelar warden dan terlibat dengan kes-kes murid yang melakukan kecurian harta benda Kerajaan (Laptop). Yang paling mustahak ialah ;

  •         Maklumat asas – hari,jam,warden
  •        Kehadiran murid – buat taklimat ringkas setiap hari Semak kehadiran dan penerangan peraturan asrama
  •         Isu Kesihatan – jikalau ada murid yang sakit catatkan
  •         Isu kemudahan asrama – jika ada kemudahan rosak perlu dicatat, pastikan berfungsi dengan baik
  •         Isu disiplin – kes kecil pun perlu dicatat seperti kekemas bilik.
  •         Catatan aktiviti asrama pengesahan

Dengan dunia sekarang yang serba canggih dan gunakan kemudahan digital dihujung jari, pihak sekolah boleh menggunakan google form untuk membuat catatan harian warden.

 

Kesimpulannya

Menjadi warden bukanlah perkara yang mudah dan senang seperti yang semua orang fikirkan. Sepatutnya tugas warden perlu diwujudkan satu penjawatan khas untuk warden saja. Ianya akan membantu menjadikan pengurusan lebih efektif dan guru tidak tertekan disamping tugas hakiki yang banyak.

Terima kasih kerana sudah membaca. Sila tinggalkan komen ya. Saya akan tambah baik penulisan. Jadi apa pandangan kita tentang tugas warden demi menjamin keselamatan, Kebajikan dan meningkatkan disiplin murid yang tinggal di asrama?  

 

 Berikut adalah link untuk download template pengisian laporan mingguan warden bertugas


📥 Muat Turun Fail

 

 

 

0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama