STEM ialah singkatan kepada Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik. Sekarang ini Pendidikan STEM merupakan bidang yang semakin mendapat perhatian di seluruh dunia. Di Malaysia, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Kementerian Pendidikan memberikan perhatian khusus terhadap bidang STEM disebabkan minat dan pencapaian pelajar dalam matapelajaran berkaitan STEM semakin merundum dan membimbingkan. Pendidikan STEM bukan saja penting dalam kehidupan seharian malah permintaan tenaga kerja yang mahir dalam STEM terus meningkat seiring dengan kemajuan teknologi dan inovasi dalam pelbagai sektor.
Namun begitu,  cabaran utama adalah bagaimana untuk memupuk minat pelajar supaya bukan sahaja mereka memahami, menceburi dan mengiatkan diri dalam matapelajaran yang berkaitan bidang STEM tetapi turut mendapat Keputusan membanggakan dalam bidang tersebut.  Bagi memastikan generasi muda kita bersedia menghadapi cabaran masa depan, berikut adalah beberapa cara efektif yang boleh diaplikasikan untuk memupuk minat STEM dalam kalangan pelajar dan ianya Adalah memerlukan usaha semua pihak sama ada pihak Kementerian, sekolah dan juga ibu bapa serta penjaga.
![]()  | 
| Gambar Hiasan dihasilkan oleh AI. Cara Pupuk minat pelajar dalam bidang STEM | 
1. Hubungkan Pembelajaran STEM dengan Kehidupan Seharian
Salah satu cara paling berkesan untuk menarik perhatian pelajar adalah dengan mengaitkan konsep STEM dengan perkara yang mereka temui dalam kehidupan harian. Contohnya, apabila mereka menggunakan telefon pintar, menonton video di internet, atau bermain permainan video, semua itu sebenarnya adalah hasil daripada kemajuan dalam bidang teknologi dan matematik. Dengan menunjukkan hubungan praktikal ini, pelajar akan lebih mudah faham bahawa STEM bukan sahaja teori dalam buku, tetapi sesuatu yang sangat relevan dan berguna dalam kehidupan mereka.
Sebagai contoh, guru boleh mengajak pelajar menganalisis bagaimana aplikasi telefon mereka berfungsi, atau bagaimana tenaga elektrik sampai ke rumah mereka melalui prinsip kejuruteraan. Ini bukan sahaja membuat pembelajaran lebih menarik tetapi juga memberi makna yang lebih mendalam.
2. Laksanakan aktiviti Hand-On dalam Pdpc guru
Dengan perubahan arus pendigital sekarang maka guru harus merancang pembelajaran yang menarik dan boleh melibatkan pelajar secara aktif. Kurangkan pembelajaran bersifat chalk and talk yang bias akita guna. Pelibatan aktif Pelajar biasanya membolehkan mereka lebih cepat memahami sesuatu konsep apabila mereka dapat melihat dan mencuba secara langsung. Oleh itu, aktiviti praktikal seperti eksperimen sains mudah, pembinaan model kejuruteraan menggunakan bahan kitar semula, atau pengaturcaraan computer asas boleh membantu mereka belajar dengan lebih menyeronokkan dan interaktif.
Sebagai contoh, dalam kelas matapelajaran sains, pelajar boleh diajar untuk membuat eksperimen menggunakan bahan dapur seperti soda bikarbonat dan cuka untuk memahami tindak balas kimia. Saya faham walaupun ada dibuat namun sebanyak mana aktiviti hand-on ini dilakukan? Dalam kelas teknologi, mereka boleh mencipta robot kecil menggunakan kit robotik asas. Aktiviti sebegini bukan sahaja menambah minat tetapi juga mengasah kemahiran berfikir secara kritikal dan kreativiti. Apa yang saya nyatakan disini Adalah contoh sahaja ya, guru-guru lebih tahun dan mahir dan arif dalam merancang pdpc agar segala objektif tercapai.
![]()  | 
| Contoh aktiviti STEM yang kreatif dan menarik | 
3. Penggunaan Alatan Digital dalam membantu Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Guru
Pelajar masa kini sangat mesra teknologi. Berbeza dengan zaman admin dulu, nak jumpa telefon bimbit pun susah. Yang ada cuma telefon awam yang berbayar gunakan duit syiling atau kad. Oleh itu, memanfaatkan aplikasi pendidikan, permainan interaktif, dan platform pembelajaran dalam talian boleh membantu mereka lebih teruja dan berminat dengan STEM. Sangat banyak aplikasi-aplikasi Pendidikan yang boleh dijadikan bahan untuk membuat pdpc menarik dan murid dan bersifat aktif. Kita ambil contoh, Canva paling senang digunakan. Untuk pemainan interaktif pula seperti quizziz dan Kahoot serta banyak lagi.
Selain itu, penggunaan simulasi sains 3D membolehkan pelajar melihat fenomena yang sukar dilihat secara langsung, contohnya struktur molekul atau pergerakan planet. Ini memberikan pengalaman pembelajaran yang lebih immersive dan mudah difahami. Semua bahan ini kitab oleh akses secara online.
4. Perkenalkan ROLE Model S.T.E.M
Semua kita tahu apa itu role model kan? Ya lah, kalau dalam dunia media sosial role model ini lebih kurang maksud seperti influencer atau pempengaruh. Pastikan Role model ini betul-betul layak dan dapat memberikan inspirasi kepada pelajar lain. Inspirasi adalah kunci untuk membina semangat dalam diri pelajar. Mengetahui kisah kejayaan orang yang berasal dari latar belakang biasa tetapi berjaya dalam bidang STEM boleh membuka mata mereka tentang potensi diri. Guru boleh menjemput penceramah motivasi yang bekerja dalam bidang STEM atau berkongsi dokumentari pendek tentang bidang STEM ini.
Mengetahui bahawa STEM juga merupakan bidang yang terbuka untuk semua jantina, bangsa dan latar belakang sosial turut membantu menghapuskan stereotype yang sering menjadi halangan kepada sesetengah pelajar. Kita ke ubah mindset pelajar ini bahawa bidang ini sangat penting dimasa depan.
5. Libatkan Ibu Bapa dan Guru
Dirumah ibu bapa sepatutnya memainkan peranan besar kerana guru hanyalah ibu bapa kedua mereka. Peranan ibu bapa dan guru sangat penting dalam menyemai minat anak-anak dengan STEM. Mereka boleh menjadi sumber sokongan dan galakan kepada pelajar. Ibu bapa boleh memupuk minat anak-anak dengan menyediakan bahan bacaan STEM di rumah, mengajak anak buat eksperimen mudah, atau menonton rancangan pendidikan bersama.
Kadang-kadang, sikap dan minat anak-anak kita dipengaruhi oleh suasana dirumah. Bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Andaikata ibu bapa menerapkan bidang STEM lebih awal kepada anak. Maka akan lahir satu perasaan ingin tahu mereka. Sementara itu, tugas guru pula boleh mencipta suasana pembelajaran yang menyeronokkan, menyediakan bahan interaktif, serta memberi pujian dan motivasi kepada pelajar yang menunjukkan minat dan usaha dalam STEM.
6. Anjurkan Pertandingan melibatkan STEM
Pertandingan seperti pertandingan robotik, kuiz sains, pameran dan karnival STEM perlu dilaksanakan secara menyeluruh dan libatkan semua pihak. Selain itu, aktiviti seperti lawatan ke muzium sains, pusat teknologi, pusat Pendidikan berkaitan STEM dan makmal universiti memberi pendedahan yang lebih luas dan praktikal.
Kita ambil contoh, pameran atau karnival STEM peringkat bahagian. Karnival ini merupakan pada asalnya terdapat pertandingan di sekolah kemudian dibawa ke peringkat bahagian/daerah. Disinilah pelajar akan terlibat secara kompetetif. Untuk menjadikan suasana lebih meriah, pameran harus dibuka kapada awam. Penilaian Adalah dari pandangan orang awam selain ada juri-juri khas. Saya pernah hadir ke satu karnival STEM daerah. Memang menarik dan pelajar-pelajar sangat bersemangat membuat pembentangan tentang pelaksanaan, pembuatan dan kegunaan reka cipta mereka. Inilah yang kita mahukan dan ingin terapkan dalam kalangan pelajar.
![]()  | 
| Mesin Penapisan Air Yang Dihasilkan oleh seorang Murid Pada Pameran STEM sangat kreatif. | 
7. Polisi Kementerian Pendidikan
Last but not least, apa yang kita mahukan dalam polisi Kementerian Pendidikan? Banyak tokoh-tokoh akademik termasuk guru-guru disekolah menyatakan kebimbangan mereka berkenaan dengan silibus di sekolah. Contohnya subjek matematik, RBT dan sains iaitu 3 daripada bidang STEM. Silibus bagi kedua-dua subjek ini sangat berat dan topik sangat banyak.
Jika murid-murid pada peringkat awal sudah diterapkan dengan silibus berat, banyak dan susah, secara tidak langsung mencipta satu pandangan serong murid-murid bahawa subjek ini susah dan sukar. Disebabkan perkara inilah minat mereka terhadap bidang STEM menipis atau tak minat langsung. Saya sendiri sebagai seorang guru pernah melakukan soal selidik terhadap 100 orang murid sekolah rendah di sekolah saya. Adakah mereka berminat terhadap bidang STEM. Kebanyakan mereka katakana berminat tetapi mereka kata susah.
Apa yang kita dapat rumuskan disini? Maksudnya, murid-murid pada peringkat awal sekolah rendah ada minat tetapi disebabkan subjek terlalu tinggi silibus mereka menjadi tak berminat. Yang melunturkan minat murid bukan lagi guru atau ibu bapa, tetapi subjek itu sendiri yang berpunca daripada polisi Kementerian. Jadi harapan kita ialah agar silibus subjek ini dikaji semula dan tidak luapa diucapkan terima kasih kepada Kementerian. Kita guru berharap pada kurikulum akan datang iaitu kurikulum persekolahan 2027 dapat menjadikan bidang STEM ini lebih menarik dan semua murid lebih berminat.
Kesimpulan
Memupuk minat STEM dalam kalangan pelajar memerlukan pendekatan yang bersepadu dan berterusan. Ianya bukan hanya tugas guru dan ibu bapa malah semua pihak. Setiap aktiviti STEM perlu mendapat sokongan daripada guru, ibu bapa dan komuniti, minat pelajar terhadap STEM agar dapat dipupuk dengan lebih berkesan. Ini penting agar mereka bersedia menghadapi dunia yang semakin bergantung kepada teknologi dan inovasi.
Penulisan ini hanyalah pandangan semata-mata. Terima kasih keran sudi membaca, boleh tinggalkan komen agar saya dapat membaik penulisan dalam blog.



Catat Ulasan