![]() |
Ketumpatan air menyebabkan telur boleh terapung. |
Jadi saya nak kongsikanlah satu eksperimen ringkas yang boleh anda cuba sama ada di rumah atau di kelas “Telur Terapung dalam Air Garam”. Bahan pun murah, tak bahaya, dan confirm buat anak-anak teruja bila nampak hasilnya. Buat sekali sekala. Terangkan hasil dapatan. Tak sampai 30 minit pun kalau buat.
Apakah tujuan kita eksperimen ni?
- Nak tunjuk macam mana ketumpatan cecair boleh menentukan sesuatu benda tu tenggelam atau terapung. Tumpat maksudnya padat.
- Bagi murid rasa sendiri pengalaman buat eksperimen, bukan baca teori semata.
Bahan-bahan yang perlu disediakan
- 2 biji telur ayam mentah
- 2 gelas lutsinar yang sama saiz. Ini boleh pakai apa-apa barang sesuai. Saya pakai botol mineral water yang dipotong.
- Air paip
- Garam (5-6 sudu besar atau lebih)
- Sudu untuk kacau
![]() |
Bahan-Bahan diperlukan untuk membuat ekperimen telur terapung. |
Langkah-langkah pelaksanaannya
- Isi air paip dalam kedua-dua gelas / botol mineral separuh penuh. Nak banyak sikit pun tak pa.
- Masukkan satu telur dalam gelas pertama. Boleh minta anak rekodkan. Perhatikan telur tu terus tenggelam.
- Dalam gelas kedua, tambah garam 5-6 sudu besar dan kacau sampai larut.
- Sekarang cuba letak telur dalam gelas air garam tu. Haa… ajaib, telur tu terapung!
Terangkan Kenapa boleh terapung?
- Dalam air biasa, ketumpatan air lebih rendah daripada ketumpatan telur, sebab tu telur tenggelam.
- Apa itu ketumpatan air? Ibu bapa jelaskan pada anak-anak ketumpatan tu macam kepadatan air.
- Bila kita tambah garam, air jadi lebih tumpat. Bila ketumpatan air garam lebih tinggi daripada telur, telur pun naik terapung.
- Kaitkan dengan situasi macam kat Laut Mati di Timur Tengah. Orang boleh terapung dengan senang sebab kandungan garamnya sangat tinggi.
Kemahiran Proses Sains (KPS) yang boleh dipelajari oleh anak-anak.
Walaupun nampak macam eksperimen suka-suka, sebenarnya banyak kemahiran sains yang kita sebagai ibu bapa boleh rancang dan buat Bersama dengan anak kita. Terapkan minat anak kita dirumah. Sebab kalau nak harapkan sekolah, masa mereka tak cukup pun. Selepas eksperimen siap, ibu bapa boleh bersoal-jawab dengan anak-anak tentang KPS. Antaranya:
- Memerhati 👉 Apa yang awak boleh Nampak tadi? Nampak beza telur dalam air biasa (tenggelam) dan air garam (terapung).
- Meramal 👉 Sebelum mula, cuba tanya: “Agak-agak telur ni akan terapung tak kalau tambah garam?”
- Mengukur 👉 Bilangan sudu garam yang diperlukan boleh dicatat. Murid/anak belajar guna nombor. Siapkan borang.
- Membuat inferens 👉 Selepas tengok hasil, murid/anak-anak boleh jelaskan sebab telur terapung: air garam lebih tumpat atau padat.
- Berkomunikasi 👉 Anak-anak boleh lukis apa yang mereka nampak, tulis laporan ringkas, atau cerita balik dekat Kawan-kawan mereka. Bercerita ini umpama mereka mengajar Kawan-kawan mereka. Secara tak langsung mereka lebih ingat dan faham tentang konsep.
💡 Idea tambahan kalau nak lebih best
- Cuba tambah garam sikit-sikit, tengok berapa sudu yang cukup untuk buat telur terapung. Kalau nak lebih mendalam timbang berat telur dan berat garam.
- Tukar dengan objek lain. contohnya buah anggur, kentang kecil atau syiling. Sama ke hasilnya?
- Kalau buat di sekolah, murid-murid boleh rekod dalam jadual, dan Lukis gambarajah.
📌 Kesimpulan
Eksperimen telur terapung ni memang simple, tapi kesannya besar. Anak-anak bukan saja nampak konsep apungan secara visual, tapi mereka juga dapat berlatih kemahiran proses sains macam meramal, mengukur, dan membuat inferens.
Jadi, lain kali kalau anak tanya “Kenapa benda ada yang terapung dan ada yang tenggelam?”, bolehlah cuba eksperimen ni sama-sama. Confirm lebih mudah mereka faham dan seronok pula tu! Sebagai ibu bapa jangan lupa tanggungjawab kita. Daripada biarkan mereka bermain dengan gadjet lebih baik buat aktiviti seperti ini. Bersama-sama kita pupuk minat anak-anak kita dalam bidang S.T.E.M.
Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya filanlab.com. seandainya ada apa-apa persoalan tinggalkan komen dan jangan lupa follow ya. Saya amat hargainya.
Catat Ulasan