JUSTIFIKASI PEMBERIAN MARKAH PBPPP YANG TINGGI - UNTUK PENTADBIR
![]() |
Contoh Justifikasi jika memberikan markah cemerlang untuk pegawai yang dinilai. |
Contoh Justifikasi.
JUSTIFIKASI
PEMBERIAN MARKAH PBPPP MELEBIHI
SASARAN
Nama Pegawai Penilai :
Nama PYD :
Justifikasi
Pegawai ini merupakan seorang pegawai yang berdedikasi, bertanggungjawab, menepati ciri-ciri seorang pegawai kakitangan awam yang sentiasa berpandukan nilai etika kerja yang cemerlang. Antara pencapaian-pencapaian yang telah dilaksanakan oleh beliau :-
1. Pengurusan Rekod Pencapaian Matematik Tahun 2
Terdapat rekod pencapaian ujian akhir tahun bagi subjek Matematik tahun 2 di dalam fail Rancangan Pengajaran Harian. Lulus sebanyak 19 orang daripada 23 orang murid melebihi sasaran 15 orang lulus dengan GPMP ujian akhir tahun ialah 2.96. Sebanyak 22 orang murid mencapai minimum TP3 daripada 23 orang pelajar.
2. Pengurusan Rekod Pencapaian Matematik Tahun 6
Terdapat rekod pencapaian ujian akhir tahun bagi subjek Matematik tahun 6 di dalam fail Rancangan Pengajaran Harian. Lulus sebanyak 19 orang daripada 19 orang murid melebihi sasaran 18 orang lulus dengan GPMP ujian akhir tahun ialah 2.17. Semua murid mencapai minimum TP3.
3. Kelas Intensif Berterusan
Menghadiri setiap kali kelas bimbingan petang dan malam matapelajaran Matematik yang telah ditetapkan didalam jadual untuk meningkatkan pencapaian murid dan membaiki kelemahan yang ada dalam pdpc supaya kualiti pdpc murid berkesan dan berkualiti. Usaha berterusan tanpa ini menunjukkan kecekalan beliau memastikan semua murid dapat mencapai TP yang ditetapkan.
4. Penyertaan Murid dalam Kelab Matematik
Rekod kehadiran murid yang direkodkan mencapai 95% kehadiran dalam aktiviti kelab matematik. Mereka dipastikan untuk menghadiri kelab dan aktiviti matematik untuk menimba sebanyak mungkin pengalaman serta pengetahuan.
5. Penyertaan Murid dalam Pengakap
Rekod kehadiran yang berjaya direkodkan mencapai 95% kehadiran seperti yang telah disasarkan. Pelaksanaan aktiviti pengakap berjaya dengan baik kerana kerjasama murid yang menghadirkan diri ke setiap perjumpaan pengakap.
6. Guru Kelas Yang Komited
Murid mampu mematuhi segala peraturan di dalam kelas, dewan makan, asrama dan bengkel dengan baik walaupun ada masalah kecil namun berjaya mengelakkan masalah besar yang timbul. Contohnya, murid beratur semasa didewan makan, murid mengemaskan almari di asrama, menyapu sampah di asrama dan dewan makan, menyusunkan barang-barang didalam kelas dengan baik. Murid mematuhi arahan dan jadual bertugas yang ditetapkan dengan baik.
7. Warden Yang Bertanggungjawab
Pemantauan yang dibuat secara berkala mendapati murid menggunakan dengan baik dan kemas jaket keselamatan semasa balik ke rumah dan balik ke sekolah semasa minggu balik. Tiada tangkapan dan laporan sepanjang tahun ini daripada warga sekolah mengatakan murid tidak menggunakan jaket keselamatan. Ibu bapa juga telah diingatkan supaya memastikan anak mereka menggunakan jaket keselamatan.
8. Peningkatan Inovasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran
(PdPc)
Pegawai ini sentiasa mencari dan mengaplikasikan kaedah pengajaran yang inovatif, seperti penggunaan teknologi pendidikan (contoh: aplikasi interaktif, video pembelajaran) untuk menarik minat murid dan meningkatkan kefahaman mereka dalam subjek yang diajar. Selaras dengan dasar Kementerian yang ingin membudayakan STEM.
9. Kerjasama dan Komunikasi Berkesan
Pegawai ini sentiasa berkomunikasi secara efektif dengan ibu bapa, rakan sejawat, dan pihak pengurusan sekolah demi memastikan kelancaran pelaksanaan program dan kejayaan murid. Sentiasa menunjukkan sikap yang professional dalam segala hal yang dihadapi.
10. Peningkatan Profesionalisme
Pegawai ini turut mengambil inisiatif menghadiri kursus, bengkel, atau latihan pembangunan profesional bagi mempertingkatkan kemahiran dan pengetahuan dalam bidang pendidikan. Walaupun jauh dipedalaman pegawai ini tidak ingin ketinggalan dalam meningkatkan Kemahiran diri dan sanggup berkorban masa, tenaga dan wang ringgit demi ilmu. Kemudian membuat perkongsian bersama guru lain di sekolah melalui sesi PLC.
11. Pengurusan Masa dan Tugas yang Cekap
Pegawai ini menunjukkan kecekapan dalam mengurus masa dan menyelesaikan tugasan dengan tepat pada waktunya tanpa menjejaskan kualiti kerja. Tidak pernah memberikan alasan apabila pihak pentadbir mendapatkan bantuan dalam melaksanakan tugasan sama ada daripada pihak JPNS dan PPD.
12. Kesungguhan dalam Memberi Sokongan Emosi kepada Murid
Pegawai ini peka terhadap
keperluan emosi murid dan menyediakan sokongan moral yang membantu mereka
mengatasi cabaran dalam pembelajaran dan kehidupan seharian. Sangat rapat dengan
murid dan memberikan murid untuk hadir serta bersemangat bersekolah.
Sehubungan dengan itu, saya
merumuskan pegawai ini amat berpotensi kearah kecemerlangan atas sumbangan yang
telah diberikan sepanjang tahun ……………….
Tandatangan Pegawai Penilai :………………………………………………………
Tarikh :………………………………………………………
Ini adalah contoh yang saya dapat berikan. Boleh tambah-tambah ya..
Catat Ulasan